(VIDEO) Reaksi Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Ini Ketika Menyambut Kepulangan Bapanya Selepas 6 Bulan Bekerja Di Luar Negara Benar-Benar Menyentuh Perasaan..
Bertugas sebagai askar bukan sahaja memberi cabaran kepada diri sendiri malah turut memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Sudah tentu saat bertemu dengan ahli keluarga selepas selesai tugasan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu dan ianya benar-benar terbukti dalam video dari Dublin, Ireland ini.
Ketika Kapten Ian Gavagan turun daripada pesawat setelah enam bulan bertugas di luar negara, dia sangat teruja sebaik sahaja melihat isterinya dan dua anaknya yang berada di pangkalan udara di Dublin untuk menyambut kepulangannya. Ian berada di Dataran Tinggi Golan atas misi keamanan.
Sebaik sahaja anak perempuan Ian dan isterinya Maria melihatnya, mereka berlari ke arahnya.
Tarian riang mereka menunjukkan betapa kedua-duanya merindui Ian semasa ketiadaannya.
Tetapi seseorang ‘hilang’… apabila si ibu menyedari, dia memandang anak lelakinya dan apabila melihat reaksi si kecil Sean, dia tidak dapat menahan ketawa.
Nampaknya Sean benar-benar teruja dengan kepulangan ayahnya sehingga tidak dapat menahan sebak.
Tonton video di bawah untuk menyaksikan reaksi Sean ketika menyambut kepulangan ayahnya yang sudah lama ditunggu-tunggu. Sangat terharu dan menyentuh perasaan. Jangan lupa untuk berkongsi momen yang indah ini dengan keluarga dan kenalan anda yang lain.
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynP1Jv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment