Hi! Welcome Back and Stay Tune! 22 Ketua Bahagian diminta sokong calon PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

22 Ketua Bahagian diminta sokong calon PRU-14

SHAH ALAM: UMNO Selangor meminta semua 22 Ketua Bahagian di negeri ini memberi sokongan penuh kepada calon yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar, berkata ketika ini perpaduan dalam kalangan Ketua Bahagian adalah baik, namun beliau bimbang hubungan erat itu akan terjejas pada saat akhir, hanya disebabkan isu calon.

"Pesan saya lupakan (jika tidak menjadi calon). Kena berserah kepada Allah, biarlah perjuangan kita ikhlas. Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) tahu siapa layak dan tidak menjadi calon.

"Jangan sebab tidak terpilih menjadi calon, kita mensabotaj parti. Selama bertahun kita rancang, namun menjelang PRU-14, semua perancangan ini dimusnahkan.

"Perkara penting ialah kita tidak mahu mencalonkan individu yang bukan calon pilihan pengundi setempat," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata Konvensyen BN Selangor yang berlangsung pada 2 Disember ini akan memfokuskan kepada usaha memperkuatkan parti, selain mendengar pandangan ahli akar umbi.

"Kita sudah tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Adalah penting untuk MCA, MIC, PPP dan semua parti komponen memperincikan gerak kerja," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN menjangka pertandingan satu lawan satu di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada PRU-14 nanti.

"Namun, jika ada pertandingan tiga penjuru, ia adalah bonus dan kita yakin ia akan memberi kelebihan kepada BN Selangor," katanya.



Sumber 22 Ketua Bahagian diminta sokong calon PRU-14

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jvTd4C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.