“Harga minyak naik benar-benar cabar kesabaran” – Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional
SHAH ALAM – Kenaikan harga minyak diumumkan hari ini dianggap mencabar kesabaran rakyat yang sedia susah dan perit dengan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga barang keperluan.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kenaikan itu juga memperlihatkan sikap kerajaan tidak mengendahkan teriakan dan rungutan rakyat bawahan.
Susulan itu katanya, Pemuda Pakatan Harapan (Harapan), NGO-NGO dan gerakan anak muda mengambil ketetapan untuk mula berkampung di Parlimen pada jam 12.01 pagi, 21 November ini.
“Kita menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dalam protes ini bagi memastikan harga bahan api turun dan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.38 seliter dari RM2.31.
Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.66 dari RM2.60 seliter. Harga diesel pula naik 5 sen, menjadi RM2.25 dari RM2.20.
Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 22 November depan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iZCeUg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment