Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tindih 'Charger' Telefon Ketika Tidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tindih 'Charger' Telefon Ketika Tidur


Seorang remaja perempuan di Vietnam maut selepas terkena renjatan elektrik daripada pengecas telofon pintar, iPhone yang rosak.

Le Thi Xoan, 14, dilaporkan tertindih wayar pengecas tersebut ketika tidur dan terdedah kepada renjatan elektrik akibat wayar pengecas tersebut yang rosak.

Gadis malang itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu bapa mangsa yang kemudian bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Doktor bagaimanpaun mengesahkan bahawa remaja tersebut sudah meninggal dunia.

Pihak polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui satu wayar pengecas berwarna putih dengan kesan terbakar. Pihak polis percaya wayar pengecas yang rosak itu telah mendedahkan bahagian dalam dawai yang membawa arus elektrik ketika mengecas.


Menurut pegawai penyiasat, mereka percaya bahawa remaja tersebut ketika kejadian sedang mengecas telefon bimbit di atas katil yang sama dia tidur seperti kebiasaan yang dilakukannya.

Pegawai penyiasat juga menjangkakan bahawa gadis itu secara tidak sengaja telah bergolek ke atas bahagian wayar pengecas yang rosak itu ketika tidur, hingga menyebabkan dirinya terkena renjatan elektrik.

Pengecas telefon bimbit iPhone itu kini sedang diperiksa oleh pihak berkuasa bagai menentukan sama ada ianya adalah produk asal keluaran Apple atau sebaliknya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengecas yang terbakar itu mendapati bahawa panjang pengecas tersebut lebih pendek daripada pengecas tulen keluaran Apple.

Daripada keadaan fizikal pengecas tersebut, pihak berkuasa menyifatkan mangsa mungkin sudah mengetahui bahawa pengecas tersebut telah rosak kerana ia dibalut dengan gam pembalut di bahagian dawai dalam yang terdedah itu.


Sumber : Daily Mail

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zK8QLZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.