Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Sebarang Permohonan Dibuat Oleh Fattah Amin Atau Fazura Untuk Bernikah - Pejabat Agama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Sebarang Permohonan Dibuat Oleh Fattah Amin Atau Fazura Untuk Bernikah - Pejabat Agama


Masih menjadi tanda tanya status hubungan pelakon dan penyanyi Fattah Amin dan Nur Fazura yang didakwa bakal bernikah di Makkah dalam masa terdekat.

Namun, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling mengesahkan tidak ada menerima sebarang maklumat tentang pernikahan berkenaan yang kononnya sudah berlangsung pada malam selasa lalu.

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon dan penyanyi tersebut juga belum hadir untuk menguruskan hal berkaitan nikah kahwin di pejabat agama berkenaan.

"Kebiasaannya tiada majlis pernikahan dilakukan pada waktu berkenaan (malam). Pihak yang mahu berkahwin sepatutnya membuat permohonan pernikahan terlebih dahulu sebelum dinikahkan oleh pegawai dari pejabat agama," kata jurucakap tersebut.

Bagimanapun, sesuatu pernikahan boleh dilakukan tanpa mendapat pemohonan pejabat agama daerah

Tetapi kebiasaannya dilakukan secara tertutup seperti kes tangkap khalwat.

"Apa-apa pun, jika mereka (Fattah dan Fazura) benar-benar sudah bernikah, mereka perlu datang daftar di sini (jika pernikahan dilakukan di daerah Petaling)," tambahnya.

Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34, mengejutkan dunia hiburan dengan berita kononnya bernikah dalam diam yang mana majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat mereka sahaja.


Terdahulu, satu majlis telah berlangsung di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya pada malam Selasa lalu namun tidak dipastikan sama ada ia majlis pernikahan, pertunangan atau kenduri kesyukuran untuk mereka mengerjakan umrah.

Pada pagi Rabu Fattah dan Fazura berlepas menunaikan Umrah di Makkah bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, pasangan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini selepas pulang mengerjakan umrah.

Sumber - mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGqWi7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.