Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akibat dipukul beramai-ramai di asrama sekolah di Seri Iskandar, pelajar tingkatan 3 ini sukar buang air kecil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akibat dipukul beramai-ramai di asrama sekolah di Seri Iskandar, pelajar tingkatan 3 ini sukar buang air kecil

MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.

Akibat dipukul beramai-ramai di asrama sekolah di Seri Iskandar, pelajar tingkatan 3 ini sukar buang air kecil

Akibat dipukul beramai-ramai di asrama sekolah di Seri Iskandar, pelajar tingkatan 3 ini sukar buang air kecil

Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.

Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.

Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.

Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.

Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.

Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.

“Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih,” katanya dipetik Sinar Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/SA

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGZRM0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.