Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemungkinan Stesen Angkasa China Jatuh Di Malaysia Adalah Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemungkinan Stesen Angkasa China Jatuh Di Malaysia Adalah Rendah

Sejak beberapa hari lepas, salah satu berita yang tular di arena media sosial adalah mengenai kemungkinan stesen angkasa China terjatuh di Malaysia. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Agensi Angkasa Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), kemungkinan untuk Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Kebarangkalian ia jatuh di Malaysia adalah hanya 0.09% sekiranya mengambil kemungkinan ia jatuh meliputi kawasan seluas 329960.22 kilometer, dan Malaysia terletak dalam keluasan berkenaan.

Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang telah dilancarkan pada September 2011 lepas, dan ia telah beroperasi selama 6 tahun. China sebelum ini telah mengatakan ia akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung 2017 kelak.

Walaubagaimanapun, menurut pihak China, kebanyakkan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar ketika memasuki atmosfera bumi dan mendatangkan kerosakan pada aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah rendah.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya, termasuk ramalan berkaitan pergerakan stesen angkasa ini dalam masa terdekat ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zPeHO9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.