Johnny Depp Terpaksa Gadai Lagi Aset
Populariti Johnny Depp sebagai aktor memang tidak perlu diragukan. Membintangi sejumlah filem pecah panggung meletakkan dia dalam senarai pelakon A-List serta berpengaruh Hollywood dengan kondisi ekonominya yang cukup stabil.
Namun siapa sangka, semenjak berpisah dengan Amber Heard kondisi keewangan Johnny di khabarkan bermasalah. Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, Amber menuntut USD20 juta (kira-kira RM83,709,968) serta nafkah bulanan sebanyak USD50,000 (kira-kira RNM209,274).
Tidak cukup dengan ‘bebanan’ tersebut aktor 54 tahun itu dilaporkan berdepan krisis dengan bekas pengurusannya, The Management Group, yang mengaitkan masalah hutang sebanyak USD5 juta (kira-kira RM209,274).
Benar atau tidak, yang pasti Johnny memutuskan untuk menjual beberapa aset miliknya termasuk yang terbaharu sebuah apartement di Eastern Columbia Building, New York.
Memetik laporan Mansion Global, Johnny sendiri memutuskan untuk menjual kediaman tersebut dengan harga USD12.78 juta. Namun disebabkan tidak mendapat pembeli, Johnny memutuskan untuk menjualnya secara berasingan menjadi lima bahagian.
..
Apartment yang kelima itu, dilaporkan baru saja terjual seharga USD 1.42 juta. Secara keseluruhan, Johnny mendapatkan USD10.88 juta untuk apartment yang dibelinya sekitar tahun 2007 itu. Kediaman terakhir yang terjual itu dilengkapi dengan 1 bilik mandi dan 1 bilik tidur.
The post Johnny Depp Terpaksa Gadai Lagi Aset appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A1Dcu8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment