Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendapatan bersih Sime Darby naik 152 peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendapatan bersih Sime Darby naik 152 peratus

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mencatat pendapatan bersih yang disatukan daripada operasi yang diteruskan dan dihentikan sebanyak RM1.316 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2017, naik 152 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Syarikat multinasional itu dalam satu kenyataan berkata, ia adalah pendapatan bersih sukuan yang tertinggi pernah dilaporkan kumpulan itu.

Semasa suku di bawah kajian, Sime Darby yang kini sedang melaksanakan satu daripada pemisahan terbesar dalam sejarah korporat di Malaysia, mencatat keuntungan sebelum cukai RM376 juta berbanding RM312 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan berkenaan meningkat kepada RM8.14 bilion berbanding RM6.93 bilion sebelum ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, kumpulan itu secara keseluruhannya mencatat prestasi yang baik.

"Di bahagian perladangan, pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang lebih tinggi yang disokong kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM), meningkatkan pendapatan manakala perkongsian keuntungan daripada projek pembangunan Battersea meningkatkan prestasi bahagian hartanah.

"Kami juga melaporkan penyerahan kelengkapan berat yang lebih tinggi di Australia dan China. Kumpulan juga mengiktiraf keuntungan daripada jualan hartanah dan pelaburan dan pembalikan susut nilai dan pelunasan operasi yang dihentikan," katanya.

Mohd Bakke berkata, prestasi ini menjadi lebih baik untuk bahagian terbabit ketika Sime Darby melangkah ke hari-hari terakhir ke arah penyenaraian dua anak syarikatnya.

Kumpulan itu akan menyenaraikan cabang perladangan dan hartanahnya akhir bulan ini, selepas memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bahagian perindustrian kumpulan itu mencatat keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) sebanyak RM247 juta pada suku di bawah kajian berbanding RM51 juta sebelum ini disebabkan keuntungan jualan tiga hartanah di Australia, berjumlah RM156 juta.

Bahagian motornya mencatat PBIT sebanyak RM112 juta pada suku tersebut berbanding RM130 juta pada suku pertama 2017. Kemerosotan itu disebabkan, terutama oleh kecelaan hak pengedaran di Vietnam sebanyak RM61 juta berikutan keputusan untuk keluar dari pasaran.

Manakala bagi operasi yang dihentikan, bahagian perladangannya telah mencatat PBIT sebanyak RM1.284 bilion dalam suku tersebut berbanding RM329 juta pada suku pertama tahun kewangan 2017.

Peningkatan hampir empat kali ganda itu disebabkan beberapa faktor, iaitu keuntungan jualan tanah kepada Sime Darby Property, pendapatan lebih tinggi daripada operasi huluan, pembalikan sekali akruan dan kos kewangan yang lebih rendah.

Tanpa termasuk keuntungan jualan sebanyak RM676 juta dan pembalikan sekali akruan sebanyak RM95 juta, PBIT bahagian berkenaan meningkat sebanyak 56 peratus.

Sementara itu, keseluruhan pengeluaran FFB bahagian tersebut menokok daripada 2.15 juta tan metrik pada suku pertama tahun kewangan 2017 (FY2017) kepada 2.70 juta tan metrik pada suku pertama FY2018, disebabkan usaha yang lebih fokus bagi menambah baik prestasi operasi.

Bagi tempoh di bawah kajian, bahagian hartanah melaporkan PBIT sebanyak RM420 juta berbanding RM184 juta pada suku pertama FY2017, iaitu peningkatan lebih dua kali ganda.

Prestasi bahagian itu termasuk keuntungan jualan 40 peratus pegangan ekuiti dalam Seriemas Development Sdn Bhd sebanyak RM278 juta dan jualan Malaysia Land Development Company Bhd sebanyak RM41 juta. --BERNAMA



Sumber Pendapatan bersih Sime Darby naik 152 peratus

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGCge7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.