Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 suspek kes culik, bunuh direman 7 hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 suspek kes culik, bunuh direman 7 hari

PORT DICKSON: Tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kes culik, bunuh dan tanam mayat pemilik kedai cuci kereta di Siliau di sini, Ahad lalu, direman tujuh hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Khairiah Abd Razak selepas permohonan dikemukakan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mahafiz Mat Lawi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata suspek berusia 22 sehingga 39 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mereka disyaki terbabit menculik B Sugumaran, 29, dari Ampangan, Seremban yang dilaporkan hilang pada 13 September lalu sebelum mayatnya ditemui ditanam di sebuah kubur di Siliau.

"Polis berjaya memberkas seorang lelaki sebelum ditunjukkan lokasi mayat ditanam. Penemuan mayat itu membawa kepada penahanan lapan lelaki dan seorang wanita untuk siasatan lanjut," katanya.

Zainudin berkata, semua suspek direman tujuh hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bermula 10 November lalu hingga semalam sebelum tempoh reman empat daripada mereka disambung hari ini di Port Dickson.

Terdahulu, empat suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret pada jam 9 pagi.

Salah seorang suspek turut dilihat memarahi jurugambar yang merakam gambar mereka.



Sumber 4 suspek kes culik, bunuh direman 7 hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hDVqKP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.