Hi! Welcome Back and Stay Tune! Helikopter Terhempas, 4 Terselamat Dari Maut. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Helikopter Terhempas, 4 Terselamat Dari Maut.


KOTA KINABALU: Pihak berkuasa mengesahkan insiden sebuah helikopter terjatuh sebaik sahaja berlepas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, empat individu termasuk juruterbang berusia 30 hingga 40 tahun tidak mengalami kecederaan dan hanya pengimbang besi helikopter berkenaan rosak akibat terhempas di permukaan landasan.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din menerusi laman Twitter beliau dan melahirkan rasa syukur kerana tiada kecederaan serius terhadap semua kru pesawat terbabit.

Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) KKIA, Sunif Naiman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.15 petang sebelum sepasukan anggota penyelamat termasuk bomba dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, helikopter jenis AS355-F2 itu dinaiki empat individu berkenaan dan dalam jadual untuk berlepas bagi menjalani penerbangan ujian ke satu destinasi sebelum dilaporkan terhempas dengan skala tidak teruk di landasan terbabit.

“Kita menerima panggilan daripada menara kawalan berhubung kejadian ini dan MAHB mengarahkan pasukan penyelamat menjalankan operasi bantuan kecemasan.

“Helikopter terbabit dinaiki empat orang termasuk juruterbang yang tiba-tiba terhempas di landasan penerbangan namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Hasil pemeriksaan awal, kejadian itu dipercayai disebabkan helikopter kehilangan kuasa sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BH ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zMuv43

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.