Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kilang Papan Haram Dikesan Dalam Hutan Di Miri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kilang Papan Haram Dikesan Dalam Hutan Di Miri



MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 40-tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah kilang papan haram di Sungai Temala, Long Lama pukul 8 pagi, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, lelaki berkenaan dipercayai penjaga kilang yang terletak jauh di dalam hutan dan mengambil masa lima jam menerusi perjalanan darat dari bandar raya Miri.

"Dalam operasi tersebut sebanyak 4,089 keping papan pelbagai jenis serta saiz bernilai RM4,500 dirampas,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salehuddin berkata, hasil pemeriksaan mendapati kilang papan itu memiliki kayu bergergaji tanpa cukai dan dokumen yang sah daripada Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Long Lama dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan susulan," katanya sambil menambah serbuan tersebut adalah operasi bersepadu PPM bersama dengan Jabatan Perhutanan.- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jxVaO9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.