''Masih Dalam Keadaan Terkawal'', Kerajaan Akan Campur Tangan Jika Harga Minyak Naik Mendadak
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri johari Abdul Ghani berkata, kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia meningkat dengan mendadak bagi memastikan kepentingan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terjejas.
Katanya lagi, walaupun harga minyak mentah dunia mencatatkan aliran peningkatan ketika ini, ia masih lagi dalam keadaan terkawal.
Oleh itu katanya, kerajaan akan meneruskan mekanisme menentukan harga minyak yang sedia iaitu penentuan harga runcit bahan api berdasarkan pergerakkan harga minyak mentah dunia.
"Apa yang kita buat, mungkin pada masa depan kalau harga minyak mendadak sampai AS$100 setong, dan kerajaan mendapat jumlah pendapatan yang besar, kita akan pulangkan kepada rakyat bagi meringankan impak golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
Ketika ini, harga runcit petroleum yang dijual di Malaysia adalah RON 97 (RM 2.66 per liter), RON 95 (RM 2.38 per liter) dan Diesel (RM 2.25 per liter).
Harga baru bahan api tersebut akan dikemaskini pada lewat petang Rabu minggu depan, 22 November yang akan berkuatkuasa menjelang pukul 12 tengah malam hari yang sama sehingga kemaskini harga baru dibuat pada setiap hari Rabu minggu seterusnya.
Sumber : BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEZphb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment