#DUNSarawak: Sarawak Tarik Pelaburan RM7.8 Bilion
KUCHING : Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM7.8 bilion dan dijangka membuka kira-kira 1500 peluang pekerjaan di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurutnya, jumlah pelaburan tersebut adalah dari empat sektor iaitu petroleum (RM6.4 bilion), produk elektronik dan elektrik (RM684 juta), bahan mineral bukan logam (RM300 juta) dan kelulusan pelaburan dari Jawatankuasa Penyelarasan Industri Negeri (RM190 juta).
“Ini tidak termasuk cadangan projek keluli yang bernilai USD3 bilion dan USD2 bilion untuk projek metanol di Bintulu yang akan dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Sementara itu, Tengah menambah, sektor perkilangan negeri juga menunjukkan peningkatan pada tahun 2017 dan dijangka berkembang pada 4.8% berbanding tahun 2016 (4.5%).
“Perkembangan ini didorong oleh peningkatan industri berorientasikan eksport yang lebih tinggi, terutamanya dari industri gas asli cecair (LNG) dan petroleum,” ujarnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mAx3PZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment