#DUNSarawak: PKS Sarawak Terus Berkembang
KUCHING : Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan , guna tenaga dan pendapatan rakyat Sarawak, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurutnya, jumlah PKS untuk Sarawak juga telah bertambah sebanyak 39.2 peratus iaitu dari 43,830 ke 61,036 menjadikan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus secara keseluruhan.
“Kerajaan akan terus menitikberatkan pengukuhan ekosistem yang mantap untuk menyokong pembangunan PKS di negeri Sarwak supaya berdaya saing dan bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran global,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Tengah menambah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat memberi penekanan kepada pembangunan PKS selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital yang beliau perkenalkan sebagai landasan utama negeri Sarawak melalui pembentangan bajet negeri pada Persidangan DUN.
“Oleh yang demikian, PKS tempatan perlu bergerak seiring dengan aliran pembangunan terbaru, Industri Revolusi 4.0 dan Zono Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang akan meningkatkan produktiviti dan menembusi pasaran global,"
“Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan jumlah yang signifikan untuk pelbagai insentif bagi pembangunan PKS secara menyeruluh dibawah Bajet 2018,” ujarnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hDh9Cs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment