Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunuh tiga beranak: Pasukan petugas khas ditubuh jejaki suspek utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunuh tiga beranak: Pasukan petugas khas ditubuh jejaki suspek utama

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah mengenal pasti suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh tiga beranak di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.

Justeru Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad memaklumkan pihaknya sedang menjejaki seorang lelaki berusia 31 tahun, bagi membantu siasatan.

Lelaki terbabit juga merupakan pekerja mangsa sejak tiga tahun lalu.

Katanya, usaha memburu suspek yang berasal dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat sedang giat dijalankan.

“Suspek utama adalah pekerja kepada bapa, si mati dan untuk itu kita sudah kenal pasti dan kita sudah kenal pasti secara fizikal. Kita tubuhkan task force mengesan dan kita akan tangkap,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, hari ini.

Kes katanya kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Semalam tiga beranak dilaporkan maut, manakala seorang lagi kritikal selepas dikatakan ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul serta besi di rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab sekitar jam 2.30 petang.

Dalam kejadian 2.30 petang itu mereka yang maut adalah Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Kha Xing Rhuu, 15, parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan mangsa keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut beliau lagi, kes ini melibatkan hanya seorang individu dan suspek merupakan pekerja yang menghantar barangan mangsa yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga mangsa.

Polis katanya tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan soal kewangan namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Suspek dikatakan berjaya melarikan diri selepas kejadian tersebut bersama kenderaan jenis pikap milik mangsa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iZhf3U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.