Datuk Jovian Mandagie Dan Daphne Iking Bergabung Dalam Say Yes To The Dress Asia
Foto: TLC
Rancangan realiti pencarian gaun pengantin yang cukup popular di Amerika Syarika, United Kingdom dan Kanada, Say Yes To The Dress (SYTTD) kini bakal menemui orang Asia apabila SYTTD memanjangkan satu lagi cabang mereka, Say Yes To The Dress Asia, musim pertama.
Akan bersiaran di saluran TLC (707) bermula 24 November ini, SYTTD ini menyajikan pengalaman setiap wanita Asia dalam mencari gaun pengantin terbaik pada hari bersejarah mereka.
Diterajui oleh seorang pereka fesyen dan perunding perkahwinan terkemuka serta perunding imej dari Malaysia, Datuk Jovian Mandagie dan Daphne Iking, mereka berdua akan membimbing para pengantin terpilih Asia ini demi memenuhi impian mereka untuk tampil bak permaisuri.
Menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, SYTTD Asia agak berbeza dari siri SYTTD Amerika Syarikat atau Kanada kerana masyarakat Asia sendiri terdiri dari pelbagai agama, budaya dan etnik. Tidak hanya memberikan anda drama, rancangan ini sarat elemen ikatan kekeluargaan, kasih sayang, kejutan serta air mata dan diharap dapat membantu bakal pengantin-pengantin di luar sana untuk mencari gaun idaman mereka.
Peminat SYTTD jangan ketinggalan untuk menonton siri SYTTD Asia, musim pertama di saluran TLC bermula 9 malam, 24 November ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGqYXh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment