Sebuah GoPro Terjatuh Ke Dalam Lava, Kemudian, Ini Pula Dirakamnya
Reputasi GoPro sebagai sebuah kamera yang tahan lasak semestinya tidak usah dipertikaikan lagi.
Sekiranya sebelum ini, kita pernah membaca bagaimana kamera GoPro berjaya survive di dasar sebuah tasik untuk sekian lamanya. Tetapi kali ini, GoPro ini dikatakan mampu bertahan apabila terjatuh ke dalam lava gunung berapi.
Erik Storm yang merupakan seorang pemandu pelancong baru-baru ini telah meletakkan GoPro miliknya pada suatu tebing kecil ketika beliau sedang mencuba untuk merakamkan pergerakan lava yang panas.
Secara tiba-tiba, lava yang mengalir dengan deras itu melonjak naik dan terus ‘membaham’ kamera kesayangannya itu.
Melihat saja bagaimana GoPro miliknya itu diselaputi oleh lava gunung berapi, Storm terus menganggap itu adalah kesudahan nasib kamera aksinya itu.
Namun ternyata beliau silap, meskipun ‘dibaham’ oleh lava yang bersuhu tinggi, GoPro itu tidak hancur sepenuhnya, sebaliknya, sebahagian daripada badan kamera itu masih selamat.
Apabila lava itu sudah mengering dan menjadi keras, Storm kemudiannya telah memecahkan lava itu untuk mengambil kembali kameranya dan mendapati kad SD di dalam kamera itu masih selamat dan boleh digunakan.
Meskipun Storm telah kehilangan GoPro kesayangannya berikutan tragedi itu, sekurang-kurangnya beliau berjaya merakamkan detik-detik cemas yang telah meragut ‘nyawa’ GoPronya itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJQ7wH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment