Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alat pengesan asap: Pasang ditempat strategik elak rentung ketika tidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alat pengesan asap: Pasang ditempat strategik elak rentung ketika tidur

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam membuat pemilihan dan pemasangan alat penggera pengesan asap.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata alat tersebut tidak akan berfungsi dengan berkesan sekiranya ia tidak dipasang dan diselenggara dengan sempurna.

Malah, beliau menegaskan setiap alat penggera pengesan asap itu perlu mempunyai sijil Standard Malaysia yang diperakui JBPM.

"Sekiranya hendak pasang di kediaman masing-masing, pastikan pemasangan itu dibuat di tempat strategik dan mempunyai risiko sumber api seperti di bilik tidur, ruang tamu, kawasan yang mempunyai barangan elektronik, televisyen, komputer dan sebagainya.

"Pemasangan itu juga termasuk di dapur yang menempatkan gelombang mikro, peti sejuk dan perkakas elektronik yang mudah panas.

"Jangan letak di tempat laluan yang tidak ada risiko kebakaran kerana kesannya tidak ketara di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambah Soiman, tahap kesedaran dalam kalangan pemilik rumah mahupun ketua keluarga berkenaan pemasangan alat tersebut masih lagi rendah.

"Saya dapati kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak rendah berkenaan pemasangan alat penggera pengesan asap.

"Oleh itu, JBPM telah buat pelbagai kempen kesedaran untuk pemasangan alat ini di rumah masing-masing.

"Malah, sistem penggera pengesan asap ini menjadi salah satu syarat kepada projek-projek perumahan baharu," ujarnya.

Selain itu, beliau mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama pemimpin-pemimpin masyarakat telribat secara langsung dalam aktiviti kesedaran bagi mengelak peningkatan statistik kematian ketika tidur.

Mengikut statistik JBPM, kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dalam tempoh Januari hingga 16 Nov tahun ini, merupakan mangsa yang meninggal dunia ketika tidur.

"Kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B2ts0f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.