Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsep 'bina dan jual' elak lambakan rumah - Idris Haron - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsep 'bina dan jual' elak lambakan rumah - Idris Haron

MELAKA: Kerajaan Melaka sentiasa mengamalkan konsep 'bina dan jual' rumah secara berperingkat bagi mengelak berlakunya lambakan projek perumahan tidak terjual di pasaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pada masa yang sama, dasar kerajaan negeri yang mengawal harga hartanah di pasaran membolehkan kumpulan M40 serta di bawah kluster itu berpeluang memiliki kediaman sendiri.

"Sebab itu, saya lihat rumah yang hendak dijual harus ditawarkan pada harga mampu milik untuk memastikan tiada isu lambakan projek perumahan yang tidak dibeli.

"Di Melaka, kita menawarkan paling banyak projek perumahan mampu milik dan cara ini terbukti apabila tiada lambakan projek perumahan melebihi permintaan di pasaran," katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian projek perumahan Sri Melaka Residensi di Bukit Serindit, di sini, hari ini.

Perasmian projek lima blok kondominium mampu milik berfasiliti penuh berharga dari RM199,000 hingga RM280,000 seunit itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Yang hadir sama, Pengerusi Potensi Lestari Sdn Bhd, Datuk Zahari Mohd Zain.

Idris mengulas laporan Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia mengenai lambakan unit kediaman tidak terjual khususnya di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dalam laporan itu, Johor mencatatkan jumlah unit kediaman terbesar tidak terjual iaitu sebanyak 27 peratus; Selangoor (21 peratus); Kuala Lumpur (14 peratus) dan Pulau Pinang (8 peratus).

Sementara itu, seorang juruteknik kilang, Baharom Abdullah, 54, tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang utama RM50,000 cabutan bertuah sempena Karnival Pelancaran Sri Melaka Residensi.

"Saya tidak terfikir langsung untuk memenangi cabutan bertuah ketika mendaftar borang pembelian unit kondominium ini. Tergamam sebaik dihubungi wakil pemaju yang memaklumkan saya pemenang bertuah rebat rumah bernilai RM50,000," katanya.



Sumber Konsep 'bina dan jual' elak lambakan rumah - Idris Haron

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jFhRzD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.