Hi! Welcome Back and Stay Tune! INVOKE TAWAR DANA PADA CALON PRU DENGAN SYARAT ISYTIHAR HARTA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

INVOKE TAWAR DANA PADA CALON PRU DENGAN SYARAT ISYTIHAR HARTA

Kumpulan penyelidikan pilihan raya dari PKR, Invoke Malaysia menawarkan dana kempen kepada bakal calon yang bertanding menentang BN dan sekutunya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Calon-calon tersebut bagaimanapun diwajibkan mengisytiharkan harta setiap tahun serta menandatangani akujanji untuk membawa pembaharuan di Malaysia.

Mereka yang melanggar akujanji boleh didenda sebanyak RM20 juta dan mesti dibayar kepada tabung khusus yang menaja pendidikan anak-anak dan remaja kurang bernasib baik.

Tawaran dan terma itu dinyatakan dalam kontrak yang akan ditandatangani seramai 30 calon PRU14 malam ini.

Menurut kontrak yang dilihat oleh Malaysiakini, Invoke akan menyediakan RM20,000 atau RM10,000 kepada calon parlimen atau negeri masing-masing, tertakluk kepada keupayaan tabung Invoke sendiri.

Pengasas Invoke yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa pembiayaan itu dikumpul daripada kutipan dana oleh kumpulan itu.

“Pembiayaan juga meliputi kos operasi kami,” kata Rafizi ketika dihubungi.

Selain dana kempen, Invoke juga antara lain menawarkan khidmat kepada calon seperti analisis data untuk mengukur sokongan dan sentimen pengundi; latihan sukarelawan kempen dan bahan promosi.

Di antara akujanji yang ditandatangani termasuk mengehadkan dua penggal bagi jawatan perdana menteri; membebaskan institusi awam seperti polis, SPRM dan Bank Negara daripada pengaruh eksekutif; menegakkan kebebasan media; dan membangunkan ekonomi yang adil kepada semua.

Kegagalan untuk melaksanakan akujanji berkenaan akan dianggap sebagai pelanggaran kontrak dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan.

Ini boleh menyebabkan denda RM20 juta kepada calon berkenaan yang perlu dibayar kepada tabung pendidikan yang akan ditetapkan oleh Invoke kelak.

Calon juga akan dikenakan denda RM20 juta jika mereka atau parti mereka mengkhianati Pakatan Harapan (HARAPAN) yang boleh menyebabkan BN mengekalkan kuasa atau menyebabkan HARAPAN kehilangan mana-mana negeri yang dikuasai mereka.

Selain itu Invoke juga akan melaksanakan sistem “leaderboard” untuk memastikan calon-calon aktif berkempen.

Mereka yang tersenarai pada kedudukan terbawah selama tiga bulan berturut-turut akan ditamatkan kontrak dengan Invoke.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mGhupV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.