Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baby Shima bengang dan beri amaran! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baby Shima bengang dan beri amaran!

PENYANYI Baby Shima berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akaun palsu menggunakan namanya.

Shima, 24, berkata, dia dan pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut jika dia terus menggunakan nama dan identiti dirinya.

“Shima tak pernah mempunyai akaun Facebook Baby Shima Fans Page dan orang yang menguruskan akaun ini menyamar diri sebagai Shima. 

Baby Shima bengang dan beri amaran!

Baby Shima bengang dan beri amaran!

Laman Facebook peminat Baby Shima palsu yang mengakui dirinya sebagai pengendali.

“Pihak pengurusan Shima mempunyai bukti, laporan polis akan dibuat kerana ini merupakan satu kesalahan mewujudkan fans pages tanpa kebenaran. Malah, admin mengaku dia sebagai Baby Shima,” tulisnya di akaun Instagram @babyshimaofficial.

Dalam pada itu, Baby Shima turut meminta orang ramai membantu melaporkan laman palsu yang menggunakan video dan audio miliknya di aplikasi Smule.

Malah, tegas peserta D’Academy Asia Musim Ketiga (DAA3) ini, dia hanya mempunyai satu akaun Smule atas nama babyshima.

Baby Shima tidak mempunyai akaun lain di laman Smule.

“Sila bantu shima laporkan akaun palsu yang menggunakan video dan audio dari akaun original Shima kerana Shima tidak ada akaun Smule lain.

“Shima dah buat laporan mengenai akaun palsu ini dan mohon maaf kepada semua peminat,” katanya lagi.

Berdasarkan komen-komen pada postingnya di Instagram, rata-rata peminat dari negara seberang menyokong tindakan Baby Shima dan berharap individu tersebut segera menutup akaun palsu itu.

Baby Shima bersama Mas Idayu semasa rancangan D’Academy Asia musim ketiga di Indonesia.

Bukan itu sahaja, ada juga pengikut yang mengakui tertipu dengan akaun palsu tersebut dan hampir percaya ia milik penyanyi lagu Makan Hati ini.

“Karena iri dengan kepopuleran Shima membuat orang mencoba memanfaatkannya dengan cara tidak terpuji,” komen @ajie4684.

“Saya tahu fans page ni Shima, semoga tak ada yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu ini. Ayuh kita laporkan bersama,” tulis akaun @dianrubensteinsYaaa.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iu0CxW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.