Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gear pendaratan bermasalah sebaik berlepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gear pendaratan bermasalah sebaik berlepas

LABUAN: Pesawat C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan tanpa tayar kiri dan kanan di Pangkalan Udara (PU) Labuan, semalam, menghadapi masalah gear pendaratan 10 minit sejurus berlepas dari pangkalan berkenaan.

Juruterbang pesawat terbabit, Mejar Zul Helmie Zainuddin, berkata ketika itu pesawat berkenaan dalam rutin penerbangan latihan harian bagi meningkatkan tahap kecekapan anak kapal dari PU Labuan ke Kuching dan Kota Kinabalu sebelum kembali ke PU Labuan.

Katanya, sejurus berlepas pada jam 11.07 pagi, beliau mengesan masalah pada sistem gear pendaratan utama lalu membuat keputusan membatalkan latihan dan terus berlegar di ruang udara Labuan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Hasil kerjasama anak kapal, kami cuba selesaikan masalah itu mengikut prosedur tindakan yang sepatutnya berdasarkan prosedur tindakan operasi (SOP) ditetapkan. Namun, setelah enam jam kami cuba menyelesaikannya, masalah masih berlaku.

"Akhir sekali disebabkan kekurangan minyak, iaitu ada tempoh kira-kira sejam lagi (untuk terbang), saya buat keputusan untuk mendarat tanpa gear pendaratan utama, tetapi kita ada gear pendaratan depan," katanya pada sidang media bersama Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, di PU Labuan, di sini, hari ini.

Zul Helmie berkata, berdasarkan senarai semak kecemasan pesawat berkenaan, ada dua pilihan pendaratan boleh dilakukan jika berdepan masalah gear pendaratan yang menyebabkan tayar pesawat tidak dapat diturunkan.

Katanya, pilihan pertama ialah mendaratkan pesawat tanpa ketiga-tiga tayar pendaratan, manakala pilihan kedua ialah mendaratkan pesawat dengan hanya menggunakan tayar hadapan.

"Pesawat C-130 ada tiga tayar iaitu di depan, kiri dan kanan. Saya membuat keputusan untuk mendarat dengan pilihan kedua iaitu menggunakan gear pendaratan hadapan yang mana ia lebih selamat kerana masih boleh dikawal," katanya.

Katanya, ketika berdepan keadaan itu, beliau dan semua anak kapal berfikiran positif menghadapi prosedur kecemasan termasuk dengan bantuan pihak lain yang bersedia di PU Labuan.

Beliau berkata, latihan menggunakan simulator pesawat dalam pelbagai keadaan termasuk situasi mendarat tanpa tayar, terbang dalam keadaan ribut dan sayap pesawat patah sebelum ini banyak membantunya berdepan kecemasan berkenaan.

Sementara itu, Affendi berkata pesawat C-130H daripada 20 Squadron yang berpangkalan di PU Labuan itu terpaksa mendarat tanpa tayar kiri dan kanan selepas sistem sokongan pendaratan juga gagal berfungsi.

"Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat tanpa menggunakan tayar dan tiada sebarang kecederaan terhadap semua lapan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan," katanya.

Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari PU Labuan pada jam 11.07 pagi semalam sebelum disedari menghadapi masalah gear pendaratan utama selepas 10 minit berlepas dan selamat mendarat semula di PU Labuan pada jam 5.29 petang.



Sumber Gear pendaratan bermasalah sebaik berlepas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jCYMhO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.