Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahasiswa UiTM bantu pulihkan semangat kanak-kanak Rohingya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahasiswa UiTM bantu pulihkan semangat kanak-kanak Rohingya

SHAH ALAM: Budaya kerja sukarelawan dalam kalangan mahasiswa mampu membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Atas kesedaran itu, mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak Rohingya di Rohingya Education Centre (REC), Klang baru-baru ini

Program itu kata Ketua Projeknya, Amirah Aidel adalah salah satu usaha untuk memberi semangat kepada kanak-kanak Rohingya sekali gus menerapkan soal pendidikan dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, program ini disertai 16 sukarelawan dan 80 kanak-kanak Rohingya.

"Kami mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak–kanak pelarian Rohingya, bertujuan membantu meluaskan pengetahuan mereka tentang kesihatan serta pendidikan," katanya.

Selain itu, Amirah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi pendedahan kepada ilmu kesihatan, pertandingan mewarna, mengeja dan bercerita.

"Aktiviti itu diharap dapat membantu pembangunan pendidikan kanak-kanak itu, walaupun hidup mereka dilanda krisis dan jauh dari negara asal mereka.

"Walaupun terpalit dengan beberapa kenangan pahit, kami mahu mereka tidak melupakan soal pendidikan," katanya.

Sementara itu, Pengetua REC Rosmah Tazilah berkata banyak pengalaman yang boleh dipelajari daripada kanak-kanak Rohingya itu.

"Macam mana mereka boleh mampu bertahan dan bangkit kembali. Kita juga dapat bantu membantu sesama muslim dan berharap agar mahasiswa mampu melihat usaha amal jariah ini bukanlah sekadar untuk program saja," katanya.

_______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Farah Solhi, Taufiq Mahfuzah, Izzatie Shaharum, Ain Yazid, Syamil Khalid dan Ridzuan Anwar.

**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B0DfDZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.