Anak pemimpin AMANAH ditahan bersama 200 pil kuda
Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda. Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.
Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.
“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sumber :
– http://ift.tt/2zguSXI
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mFh1UL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment