Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis buru 3 suspek samun wartawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis buru 3 suspek samun wartawan



PENAMPANG: Polis memburu tiga suspek yang dikenal pasti dalam kes samun membabitkan Staf Koresponden The New Straits Times (NST) Sabah, Kristy Inus, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, berkata gerakan memburu suspek terbabit dibuat sejak malam tadi selepas mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

"Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan yang dibuat. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan kawasan kejadian menunjukkan tiga suspek lelaki.

"Semua suspek datang dari arah jalan sebelum seorang daripada mereka menghampiri dan menyamun mangsa. Usaha mengesan suspek akan diteruskan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam tadi di Tropicana Commercial Centre di Jalan Pintas, di sini, mangsa baru saja keluar dari pejabat dan berjalan menuju ke kereta di hadapan premis .

Ketika kejadian, Kristy berada di bahagian belakang kereta untuk menyimpan barang, namun secara tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang mengacukan sesuatu di belakang mangsa dan cuba merampas beg tangannya.

Bimbang dicederakan, mangsa melepaskan beg tangan berkenaan sebelum tiga suspek terbabit melarikan diri melalui kawasan belakang premis.

Antara barangan yang hilang ialah dua telefon pintar serta sejumlah wang tunai.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AVuMAZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.