Empat sekeluarga rentung selamat disemadikan
Jasad dua anaknya Lim Yin Chun, sembilan tahun, dan Lim Jia Yiin, lapan tahun, yang maut bersama ibu dan nenek mereka dalam kejadian kebakaran minggu lalu dibawa dari Jalan Maccalum ke Batu Gantung dan selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi.
Sementara itu mendiang ibu Swee Bok, Lau Sai Poh, 62, dan isterinya, Cheng Yen, 35, pula selamat disemadikan pada jam 3.45 petang.Suasana pilu menyelubungi pusat itu sebaik upacara terakhir dijalankan.
Swee Bok yang menangis sepanjang upacara itu dilihat ditenangkan kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan rapat yang hadir.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Rabu lepas, empat beranak itu ditemukan rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di tingkat bawah kediaman mereka di Pintasan Cecil5, Pengkalan Weld dekat sini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yWPwYx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment