Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Sistem amaran cuaca oleh kerajaan P Pinang tindakan proaktif' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Sistem amaran cuaca oleh kerajaan P Pinang tindakan proaktif'

Seorang pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pandangan bahawa sistem amaran cuaca yang diperkenalkan negeri itu menyalahi undang-undang sebaliknya menggesa kerajaan bertindak "proaktif" untuk menghadapi banjir di masa depan.

"Sistem amaran yang diperkenalkan oleh Pulau Pinang adalah tindak balas proaktif kerajaan negeri untuk mengurangkan kerugian di masa depan yang disebabkan oleh keadaan cuaca buruk," kata Raja Syarafina Raja Shuib dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata demikian mengulas artikel The Star hari ini, memetik pandangan profesor Universiti Malaya, prof Azizan Abu Samah yang mengatakan sistem amaran cuaca yang mahu diwujudkan kerajaan negeri itu tidak sah dari sudut undang-undang dan menyebabkan pertindihan dengan kerajaan pusat.
"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang ingin mempersiapkan dan melindungi diri kita dari sebarang taufan yang mendatang," kata pegawai kas undang-undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu.

Merujuk kepada banjir buruk yang melanda negeri itu bulan ini, Raja Syarafina berkata "tiada sebarang amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi mengenai ribut yang melanda dan belum pernah dilihat di Pulau Pinang".
"Peringatan amaran merah hanya dikeluarkan pada jam 9.30 malam pada 4 November apabila taufan sudah bermula," kata beliau.

Katanya, kerajaan negeri mencuba segala usaha untuk memastikan rakyat Pulau Pinang mendapat maklumat dan bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan cuaca buruk.

Minggu lalu kerajaan Pulau Pinang dilapor akan mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pengkaji cuaca dari luar negara bagi mendapatkan amaran cuaca buruk.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata Majlis Hijau Pulau Pinang akan mengkaji sama ada negeri itu mampu menubuhkan sistem amaran cuacanya sendiri.
Malaysiakini 18/11/17


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZVU1f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.