Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mugabe pernah dapat rawatan kesihatan di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mugabe pernah dapat rawatan kesihatan di Malaysia

BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan belum menerima maklumat Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, yang berdepan krisis digulingkan tentera, akan melarikan diri ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, bagaimanapun, mengesahkan pemimpin terbabit pernah beberapa kali ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

"Kita belum mendapat maklumat beliau (Mugabe) akan ke negara kita atau negara jiran, tetapi apa yang boleh saya sahkan adalah dahulu beliau pernah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media selepas Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas laporan media antarabangsa berhubung Mugabe dan isterinya, Grace, yang mungkin melarikan diri ke Malaysia atau Singapura susulan berdepan kemungkinan digulingkan tentera di Zimbabwe.

Ditanya sama ada Malaysia akan menghalang jika Mugabe mahu masuk semula ke negara ini, Ahmad Zahid berkata:

"Kita tak ada bantahan terutama (apabila) kita mempromosi pelancongan kesihatan, jadi siapa yang mahu dirawat di sini, kita mengalu-alukan, kita tak akan campur tangan dalam politik dalaman mereka."

Ditanya sama ada benar Mugabe memiliki rumah di negara ini, beliau mengatakan setakat ini pihaknya tiada maklumat berhubung perkara itu.

The Guardian beberapa hari lalu melaporkan Mugabe dan isterinya mungkin akan melarikan diri ke Malaysia atau Singapura kerana mempunyai kediaman di dua negara berkenaan.

Selasa lalu, Ketua tentera, Jeneral Constantino Chiwenga mengambil alih pentadbiran selepas bekas Naib Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa dipecat Mugabe manakala isteri Mugabe muncul dalam kedudukan penting untuk menggantikan suaminya yang uzur.

Tentera menentang keras kebangkitan Grace sementara Mnangagwa mengekalkan hubungan rapat dengan pertahanan.

Rundingan di Harare, Zimbabwe dilakukan selepas tentera mengenakan tahanan rumah ke atas Mugabe yang memerintah secara kuku besi sejak 1980-an.



Sumber Mugabe pernah dapat rawatan kesihatan di Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jCiEl5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.