KPAU 3.0 lulus 7 resolusi
KUALA LUMPUR: Tujuh resolusi diluluskan dalam Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (KPAU) 3.0 hari ini, mencakupi empat teras utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.
Resolusi yang diiluluskan juga memenuhi aspirasi negara dalam menterjemahkan serta menetapkan agenda utama ke arah merealisasikan inspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50).
Berikut adalah resolusi penuh KPAU 3.0 ;
1 - Mengupayakan ekonomi Bumiputera dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan semakin kompetetif melalui pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), melebarkan akses kepada teknologi baru, rantaian penawaran, sumber kewangan, peluang perniagaan dan peluang pasaran.
2 - Menggesa agar diteruskan agenda mendampingi rakyat di segenap sektor termasuk pemberian subsidi langsung (RM26 billion) dan tidak langsung (RM60 billion) tanpa menjejaskan kelangsungan dan kemapanan ekonomi negara buat kesejahteraan generasi masa depan.
3 - Menginsafi manusia dilahirkan dengan bakat dan keupayaan yang berbeza, penyertaan pelbagai kelompok masyarakat dengan memperkasakan institusi pendidikan rendah, menengah, pengajian tinggi dan aliran Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) dalam mendepani cabaran revolusi 4.0. Justeru apa jua inisiatif dan dasar yang hendak digubal harus menjunjungi akar agama dan nilai tradisi yang menunjangi manhaj Malaysia.
4 - Menyokong inisiatif kerajaan mentransformasikan pendidikan negara bertaraf dunia dengan menempatkan institusi-institusi pengajian tinggi negara di kalangan komuniti negara-negara terbaik di dunia. Ini seiring dengan aspirasi rakyat untuk negara melahirkan generasi pewaris masa depan (TN50) yang berketerampilan holistik dan berjati diri bertaraf global.
5 - Menyeru UMNO dan kepimpinannya untuk terus istiqamah dalam perjuangan menegak, mempertahan dan menggembangkan Islam berorientasikan manhaj Malaysia yang berteraskan prinsip wasatiyyah dan maqasid syariah demi survival bangsa, kelangsungan Islam, kestabilan dan keharmoniam negara.
6 - Menggesa UMNO untuk menghayati dan menterjemahkan konsep fiqh ta'ayush, memperkukuh hubungan saling memerlukan antara kerajaan dan rakyat berasaskan prinsip keta'atan dan wala' bagi menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara;
7 - Mengharapkan agar kuasa dominan politik Melayu-Islam terus dipertahankan dalam apa jua bentuk kerjasama politik (ta'awun) bagi menjamin survival Islam, kestabilan politik dan keamanan negara.
Sumber KPAU 3.0 lulus 7 resolusi
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hMgUoH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment