(Video) Ibu Fazura Terlepas Cakap, 'Kantoikan' Hubungan Fattah Amin Dan Fazura Sewaktu Di Jabal Rahmah.
Agak tercuit hati ini apabila terlihat satu video yang dikongsikan sendiri oleh pembantu serta pengurus peribadi kepada pelakon popular, Fattah Amin, Sakirin Shak atau lebih dikenali sebagai Aca di Instagram miliknya.
Seperti yang kita semua tahu, sekarang ini mereka berdua bersama dengan Fazura dan ahli keluarga masing-masing sibuk mengerjakan Umrah.
Apa yang mencuit hati kami apabila Aca tidak terlepas untuk mengusik ibu kepada pelakon Fazura, Fadhillah Nasir sewaktu mereka berada di Jabal Rahmah dan bertanya apakah doa yang ingin diminta.
Dengan spontan ibu kepada pelakon ini telah menjawab pertanyaan Aca yang mahukan jodoh anak-anaknya berkekalan. Namun secara tiba-tiba ibu kepada Fazura seakan tersedar sesuatu lalu tergelak.
Perkara ini telah menguatkan lagi spekulasi percintaan kedua pelakon ini malah membuatkan ramai yang teruja untuk mengetahui kisah sebenar.Apapun kita tunggu sahaja pasangan itu mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah nanti.
MH doakan pemergian mereka ke Makkah akan mendapat Umrah yang mabrur.
Nah ini dia #MHBelanjaGambar sepanjang mereka di sana. Seriously Fazura nampak sangat cantik dan manis! - MH
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2j5Bayt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment