“Peace and love” – Selfie ratu cantik Iraq dan ratu cantik Israel cetus kemarahan netizen dunia
PERTANDINGAN Miss Universe 2017 masih belum bermula, tetapi kontroversi telah timbul.
Peserta yang bersaing untuk merebut mahkota yang diidamkan tidak melepaskan peluang mengambil gambar ketika tiba di Las Vegas untuk acara itu, tetapi terdapat satu foto yang menerima pelbagai reaksi global di media sosial.
Pada Selasa, Ratu Cantik Israel Adar Gandelsman dan Ratu Cantik Iraq Sarah Idan telah mengambil gambar selfie, tetapi ia tidak diterima baik oleh sebahagian pengguna media sosial.
Gandelsman berkongsi gambar tersebut di Instagramnya dengan kapsyen, ‘Kenali dirinya, dia adalah Ratu Cantik Iraq dan dia menakjubkan’. Di Facebooknya, dia menulis kapsyen ‘Bersama Ratu cantik Iraq, amalan yang membawa keamanan dunia’.
Idan telah berkongsi sentimen yang sama di media sosial dengan memuat naik gambar dan menulis: ‘Salam sayang dan kemanan daripada Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel.’
Iraq dan Israel masih bermusuhan tetapi kedua-dua peserta yang mewakili kedua-dua negara cuba merapatkan jurang dengan gambar selfie yang akhirnya membangkitkan rasa tidak puas hati sebahagian pengguna media sosial.
“Sekiranya kamu seorang Arab yang dihormati, kamu harus membenci Israel selama-lamanya. Palestin adalah kehormatan kita, orang-orang Arab,” kata seorang pengguna Instagram.
“Ratu Israel bersekongkol dengan Tentera Israel yang telah menyebabkan kematian dan penghapusan ratusan rakyat Palestin,” kata seorang lagi pengguna.
“Anda tidak menghormati rakyat yang telah meninggal dunia di bawah pendudukan mereka. Anda Zionis,” kata seorang lagi pengguna.
Selepas serangan demi serangan, Idan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mereka mengambil gambar untuk menyebarkan mesej bahawa terdapat harapan perdamaian di antara dua negara yang bermusuhan.
Walau bagaimanapun, dia juga memohon maaf kerana berkongsi foto itu.
“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang menganggap foto itu menyinggung perasaan rakyat Palestin tetapi ia bukanlah tujuan di sebalik posting itu, ia hanyalah satu panggilan keamanan dan harapan untuk penyelesaian krisis.”
Posting Idan itu mendapat beberapa komen positif dengan beberapa orang memujinya kerana mengambil risiko menyebarkan mesej keamanan.
Sementara itu, halaman rasmi Miss Universe mengeluarkan satu kenyataan dan berkata mereka bersama-sama dengan Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel dalam hal ini.
“Selama beberapa dekad, istilah ratu cantik telah dikaitkan dengan perdamaian dunia.” -IBT
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hLEj9Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment