Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Pendedahan Panas) Fathia Latiff Buat Hal Lagi, Lewat 5 Jam Di Sepahtu Reunion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Pendedahan Panas) Fathia Latiff Buat Hal Lagi, Lewat 5 Jam Di Sepahtu Reunion

 
Fathia Latiff kini menjadi perhatian sekali lagi. Ini ekoran satu lagi insiden tidak manis yang dilakukannya.

Di set penggambaran Sepahtu Reunion, pelakon jelita ini dikatakan sekali lagi telah buat hal.

Fathia dikhabarkan telah lewat hadir ke lokasi penggambaran rancangan popular itu sehingga tidak hadir ke beberapa sesi yang sepatutnya Fathia turut serta.

Sepatutnya Fathia kena hadir pada jam 3 petang namun hanya hadir pada pukul 8 malan sahaja.

Malah ketika hadir, Fathia Latiff dilihat tidak bermaya seterusnya membuatkan dia tidak dibenarkan beraksi bersama Sepahtu.

Kemudian, Fathia dilihat berang dan kecewa kerana tidak dibenarkan beraksi di atas pentas.

Fathia memuatnaik status kecewa di laman media sosial miliknya.

Ini komen Fathia:



Akhirnya tembelang pecah apabila ada produksi yang tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Ini pendedahan mengejutkan krew Sepahtu Reunion kepada wartawan sensasi dari Astro Gempak iaitu Miss K.

Dikatakan Fathia Latiff tidak menjawab telefon setelah lewat datang ke lokasi penggambaran Sepahtu Reunion.

Setelah angkat telefon, dikatakan pelakon ini memberitahu dia sedang dalam perjalanan, on the way.

Dikhabarkan pihak produksi mengambil keputusan untuk memanggil Siti Elizad.

Kemudian pada jam 8 malam baru Fathia muncul dan langsung tidak rehearsal dengan kumpulan SepahTu.

Laporan panas dari MISS K:

Sedang Miss K mahu mencedok lauk makan malam, tiba-tiba telefon Miss K berdering.

Rakan Miss K yang merupakan salah seorang krew terlibat dalam program Sepahtu Reunion Live menghubungi Miss K.

Rakan Miss K membawa berita mengenai pelakon cantik, Fathia Latiff dan nada suara rakan Miss K itu kedengaran marah bercampur kecewa.

"Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

"Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

"Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

"Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

"Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

"Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

"Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

"Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan," kata kawan Miss K panjang lebar.

Kalau nak ikutkan, panjang lagi aduan kawan Miss K tu tapi biarlah Miss K simpan sendiri. Dah macam novel pun ada. Dalam satu malam tu macam-macam jadi.

Nasihat Miss K buat Fathia, ubahlah perangai tu ye. Nak cakap awak tu artis baru, tak juga.

Fathia dah bertahun-tahun bergelumang dalam bidang hiburan dan rasanya awak dan semua orang pun tahu bahawa disiplin merupakan perkara yang paling utama.

Tak baik buat orang tertunggu-tunggu dan anda harus menghormati masa orang lain!


Itulah pendedahan dari Miss K dari Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AT2kzO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.