iMac Pro Dijangka Hadir Dengan Cip A10 Fusion – Dan Menyokong “Hey Siri”
Apple pada pertengahan tahun ini telah mengumumkan sebuah iMac Pro baru yang akan hadir tidak lama lagi. Tidak banyak informasi yang dikongsikan mengenainya, selain daripada sokongan spesifikasi tinggi yang bakal dibawakan oleh iMac Pro ini.
Terkini, mengikut desas-desus baru, Apple dijangka mungkin menyertakan sebuah cip pemprosesan A10 Fusion khusus bersama-sama iMac Pro ini.
Ia tidak diketahui lagi apakah ciri penuh yang akan disokong melalui cip A10 Fusion ini. Namun, menurut salah seorang pembangun, cip A10 dijangka akan menguruskan beberapa perkara, termasuk untuk boot dan juga beberapa ciri-ciri sekuriti.
Ia turut mempunyai kemungkinan yang mana cip A10 ini akan berjalan sentiasa – walaupun iMac Pro berkenaan dimatikan. Cip ini juga dijangka akan melakukan sejumlah tugasan asas serta sokongan “Hey Siri” – yang mana membolehkan anda mengakses Siri tanpa menekan sebarang ikon atau butang, sebaliknya dengan hanya arahan suara sahaja.
Cip A10 Fusion ini juga dijangka akan boleh membuat sejumlah tugasan asas tanpa memerlukan Intel Xeon yang disertakan digunakan – sekaligus menjimatkan lebih tenaga.
Seperti biasa, buat masa ini, Apple masih tidak mengumumkan sebarang perkara mengenainya. Apple dijangka akan menawarkan iMac Pro ini sekitar penghujung 2017 ini – dimana kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya ketika itu.
Confirmed: "Hey, Siri" is coming to the Mac http://pic.twitter.com/Dw9bRAzbxD
— Guilherme Rambo (@_inside) November 18, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hMBaXf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment