Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok

BAGAN DATUK: Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Negara esok untuk perbincangan lanjut.

"Kami sedang mengkajinya (naikkan subsidi)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program sehari anjuran Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Irwan Siregar berkata demikian ketika ditanya usaha kerajaan untuk memastikan harga bahan bakar di pasaran tidak terus meningkat.

Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38 manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Irwan Serigar menggesa rakyat supaya tidak mempercayai tohmahan pihak tertentu yang mengatakan negara akan muflis.

Beliau berkata sekiranya negara akan bankrap kerajaan tidak mampu membentangkan Bajet 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion.

"Saya sebagai pegawai kanan kerajaan dan duduk dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) saya tahu apa yang berlaku dan apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata tohmahan tersebut juga tidak berasas kerana Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku ketiga tahun ini mencatat pertumbuhan 6.2 peratus sebagaimana diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Jumaat lalu.

"Ini sekali gus membuktikan Malaysia berkembang pantas di rantau ini," katanya.

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hJy9qG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.