Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal perang AS rosak dilanggar bot tunda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal perang AS rosak dilanggar bot tunda



TOKYO : Sebuah kapal perang Amerika rosak selepas dilanggar sebuah bot tunda ketika menjalani latihan di perairan Jepun.

Tenter Laut Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, ini adalah kejadian terbaru membabitkan insiden seumpama itu di Asia.

Kapal pemusnah peluru berpandu USS Benfold itu sedang mengambil bahagian dalam satu latihan di Teluk Sagami semalam, apabila dirempuh sebuah bot tunda yang hilang kawalan.

AS dan Jepun kini sedang melaksanakan latihan bersama tentera laut selama 10 hari yang akan berakhir 26 November nanti.

Objektif latihan itu adalah untuk bersiap siaga menghadapi ancaman Korea Utara yang semakin taksub dengan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik antara benua.

Kenyataan daripada pasukan ke-7 menyebut, kemalangan lewat malam tadi itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan manakala kapal itu pula hanya mengalami kerosakan kecil, termasuk kesan calar.

Pasukan ke-7 itu terbabit dalam lebih daripada satu kemalangan di Asia sepanjang tahun ini.

Ogos lalu, kapal USS John S McCain berlanggar dengan sebuah kapal minyak, menyebabkan 10 kelasi maut manakala lima lagi cedera. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jFJhFB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.