Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembekuan sementara pembinaan hartanah mewah bermula 1 Nov - Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembekuan sementara pembinaan hartanah mewah bermula 1 Nov - Johari

KUALA LUMPUR: Pembinaan kondominium dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas dibekukan bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perkara itu diputuskan Kabinet berkuatkuasa 1 November lalu berikutan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitkan kondominium mewah, pejabat komersil dan pusat membeli belah.

Beliau berkata, pembekuan berkenaan akan dilakukan secara sementara bagi melihat semula strategi pembangunan supaya ia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kalau dilihat laporan BNM, unit kondominium mewah dan pejabat komersial ini banyak yang telah melebihi permintaan. Jadi Kabinet telah memutuskan agar pembekuan sementara dilakukan bagi memastikan pembangunan yang sedia ada dapat terjual," ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah UEM-PLUS di Pusat Komuniti Taman Maluri di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ringgit ke bawah kini dipertingkatkan bagi memastikan permintaan rakyat untuk hartanah jenis itu dapat dipenuhi.

“Permintaan rumah mampu milik kini mencecah sehingga 48 peratus tetapi bekalan yang ada hanya 24 peratus. Kebanyakan rumah yang tidak terjual adalah rumah yang berharga lebih RM250,000. Untuk mengimbanginya kita buat keputusan untuk membekukan pembinaan kondominium mewah ini,” kata Johari lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mJSb6q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.