Anak lelaki ADUN ditahan reman miliki 200 biji pil kuda
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, kira-kira pukul 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, setelah pihak polis membuat pemerhatian kira-kira lima minit mendapati seorang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong di sini.
Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba suspek itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah.Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan.
Ismail berkata, polis sekali lagi menunjukkan kad kuasa polis sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan lagi.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu balutan kertas tisu berwarna putih yang mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah.
Bungkusan itu disorokkannya di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai suspek.
Sehubungan itu, katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Perintah tahanan reman selama empat hari yang bermula hari ini terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari.
Suspek kemudian dibawa menaiki trak polis ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selepas selesai mendapatkan reman.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mJScHw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment