Silo meletup, 2 anggota bomba cedera
IPOH: Dua anggota bomba cedera apabila silo tangki habuk kayu meletup ketika kerja memadamkan kebakaran di sebuah kilang memproses papan, di Kawasan Perindustrian IGB, Tasek di sini pagi tadi.
Kejadian pada 8.20 pagi itu, Shazlan Mohd Hanafiah, 32, melecur 10 peratus termasuk di bahagian leher, bahu dan muka manakala Mohd Azri Aziz, 30, cedera di bahagian leher dan bawah dagu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Datuk Yahya Madis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.45 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran silo tangki terbabit.
Katanya, selesai memadamkan api, dua anggota berkenaan naik ke atas puncak tangki setinggi bangunan dua tingkat bagi memasukkan air ke dalam pintu silo terbabit.
"Bagaimanapun ketika membuka pintu silo, bara habuk kayu memercik sebelum meletup dan terkena kedua-dua anggota.
"Mereka yang cedera terjun ke bawah bagi menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Keluarga dan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim, yang melawat kedua-dua anggota bomba berkenaan sebentar tadi.
Yahya berkata, mangsa bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Ipoh kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Mohd Azri terbakar satu peratus sudah dimasukkan ke wad biasa manakala Shazlan masih dalam pemantauan doktor dikhuatiri ada anggota badannya yang patah dan terbakar 10 peratus," katanya.
"Kejadian kebakaran di silo itu adalah kali keempat dalam tempoh tiga bulan.
"Selalunya kami dapat mengawal kebakaran, kali ini berlaku sedikit kemalangan disebabkan percikan api," katanya.
Sementara itu, Isteri Shazlan tidak keruan selepas suaminya gagal dihubungi walaupun giliran bertugas tamat jam 8 pagi tadi.
Nurul Wahyuwi Kamarulzaman, 32, berkata sebaik mendapat panggilan daripada abang ipar yang memaklumkan suaminya berada di hospital, dia terus menghubungi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bagi bertanyakan keadaan suami.
"Sepatutnya dia habis kerja 8 pagi, namun tunggu 8.15 pagi dia tidak telefon, tunggu lagi jam 8.30 pagi, suami masih tidak menghubungi saya.
"Saya bergegas ke hospital dan mendapati suami luka di kepala suami kerana kulit terkoyak akibat terjun daripada tempat tinggi," katanya ketika ditemui di HRPB.
Sumber Silo meletup, 2 anggota bomba cedera
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AtMsna
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment