Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kawalan UTK Untuk Mahathir Ditambah Jika Ada Ancaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kawalan UTK Untuk Mahathir Ditambah Jika Ada Ancaman




Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad jika keadaan memerlukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Menurutnya ketika ini kawalan keselamatan membabitkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk Dr Mahathir masih dikekalkan.

Apa yang berlaku kata Fuzi pihak polis hanya mengecilkan skala anggota UTK yang bertugas menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.

"Bergantung kepada ancaman, kalau polis fikir ada ancaman serius pada beliau, kita akan tingkatkan semula jumlah anggota dan beri kawalan yang perlu," katanya kepada media di Pusat Latihan UTK di Cheras hari ini.

Khamis lalu Dr Mahathir menyatakan pada Facebooknya bahawa khidmat pengiring peribadi beliau telah ditarik balik.

"Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

"Hari ini (2 Nov), khidmat pengiring UTK pula ditarik balik, perjuangan tetap diteruskan," kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun Fuzi kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan hak keistimewaan pada Dr Mahathir kekal, cuma beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa diarahkan kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir.

“Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya.

Menurut Fuzi ketika PDRM juga menugaskan anggota UTK wanita untuk mengawal keselamatan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Rumah pun kita kawal," katanya.
Pada Mei 2016 polis pengiring Dr Mahathir telah ditarik balik.

Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil susulan penglibatan Dr Mahathir dalam perhimpunan antikerajaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCxP1x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.