Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zakir Naik dipantau PDRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zakir Naik dipantau PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau secara rapat aktiviti harian penceramah bebas, Dr Zakir Naik di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara itu bagi memastikan beliau bebas konflik serta tiada isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Malah tegasnya, PDRM juga tidak boleh melakukan proses ekstradisi ke atas penceramah bebas itu kerana tiada permohonan rasmi daripada kerajaan India.

"Untuk makluman, kita tiada menerima apa-apa permohonan ekstradisi secara rasmi. Macam mana kita mahu mengambil tindakan ekstradisi jika tiada permohonan dibuat.

"Apa yang PDRM lakukan sekarang adalah kita memantau secara rapat aktiviti harian beliau (Zakir). Kita pantau jika pergerakan beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Unit Tindakan  Khas (UTK) di Lapang Sasar, Bridged tengah Cheras di sini.

Mohamad Fuzi turut mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan rakyat baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan PDRM akan mengambil tindakan ke atas penceramah bebas itu jika Zakir didapati mempunyai niat untuk mempromosikan aktiviti keganasan di negara ini.



Sumber Zakir Naik dipantau PDRM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hmBAA3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.