Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan komited rapat jurang bandar, luar bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan komited rapat jurang bandar, luar bandar

SARIKEI: Kompleks Sukan Integrasi Kampung Seberang, di sini yang siap dibina Februari lalu adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan fasiliti sukan dan rekreasi terbaik untuk rakyat, terutama di pedalaman dan luar bandar.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata kemudahan itu juga sebahagian inisiatif kerajaan negeri merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

"Kompleks Sukan Integrasi Kampung Seberang sebahagian daripada mercu tanda baharu Sarikei, malah beberapa lagi projek pembangunan sedang dilaksanakan di daerah ini untuk kemudahan penduduk setempat.

"Ini jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri membawa kemajuan ke kawasan pedalaman dan luar bandar, sekali gus menyumbang kepada usaha meningkatkan taraf hidup penduduk setempat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika merasmikan Karnival Rakyat Sarikei 2017 dan Kompleks Sukan Integrasi Kampung Seberang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Residen Sarikei, Mohamad Junaidi Mohidin dan Setiausaha Majlis Daerah Sarikei (MDS), Henry Jalin Watt.

Len Talif berkata, kemudahan itu juga bertujuan menggalakkan aktiviti sukan dan beriadah, sekali gus meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan fizikal dalam kalangan masyarakat.

"Kerajaan Sarawak juga sudah meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi membiayai kos naik taraf Kompleks Sukan Sarikei. Ini juga satu lagi inisiatif penting kita membangun dan melahirkan lebih ramai atlet muda dari negeri ini, terutama dari pedalaman dan luar bandar.

"Malah, inisiatif ini diyakini mampu mendokong misi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan utama negara pada masa depan," katanya.

Katanya, kesungguhan kerajaan negeri juga dibuktikan melalui pelbagai usaha termasuk melakukan transformasi di kawasan pedalaman bagi meningkatkan taraf hidup sekali gus menjaga kepentingan masyarakat pedalaman dan luar bandar.

Justeru, beliau menjelaskan pelbagai perancangan strategik dirangka agar setiap projek pembangunan dapat dinikmati segenap lapisan rakyat di peringkat akar umbi.

"Sudah pasti kerajaan terus komited melaksanakan pembangunan di kawasan ini. Usaha menyalurkan kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik tetap dilakukan walaupun ada sebahagiannya mengambil masa untuk dilaksanakan.

"Maka, kita menyeru penduduk bersedia agar tidak ketinggalan. Rebutlah peluang dan jangan hanya menjadi penonton.  Pada masa sama, kerjasama erat antara rakyat dengan kerajaan  mampu merealisasikan impian itu," katanya.

Sementara itu, Len Talif menyeru generasi muda mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

"Kita mahu anak-anak muda yakin dengan kemampuan diri masing masing.  Bagi pihak kerajaan pula, kita sentiasa berusaha membantu mereka yang serius untuk memajukan diri," katanya.



Sumber Kerajaan komited rapat jurang bandar, luar bandar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jg8c2l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.