Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan - KP SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan - KP SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 1,000 penuntut universiti pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 16 peratus dalam kalangan mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyekat gejala rasuah daripada terus menular di peringkat akar umbi termasuk mahasiswa menerusi beberapa program dan kempen yang dijalankan di insititut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

"Kita melihat perkara ini (gejala rasuah) membimbangkan (dalam kalangan mahasiswa) sebab itu kita fokus program seumpama ini kepada mahasiswa, pada tahun depan kita akan membuat program bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi membolehkan mereka mempunyai kesedaran mengenai rasuah di peringkat awal," katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (Pemarah) 2.0 Borneo di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Lebih 500 mahasiswa terdiri daripada penuntut UMS menyertai program berkenaan dan Dzulkifli turut berkesempatan menyaksikan acara ikrar bebas rasuah dalam kalangan peserta program tersebut.

Untuk rekod, program Pemarah yang pertama kali diadakan di Universiti 

Universiti Sains Islam Malaysia merupakan universiti pertama yang mengadakan program Pemarah dengan penglibatan seluruh kepimpinan mahasiswa di Semenanjung Malaysia.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Dzulkifli meminta semua golongan mahasiswa supaya sentiasa memegang prinsip 3J iaitu (Jangan hulur, Jangan kawtim dan Jangan settle) bagi memastikan negara ini terus bebas daripada gejala rasuah menjelang 2050 nanti.

Sementara itu, zulkifli berkata, pihaknya akan meneruskan inisiatif SPRM bagi meneruskan kempen rasuah termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi memastikan penduduk di kawasan itu tidak terpinggir mengenai isu-isu rasuah di negara ini.

"Bermula esok, kita akan melaksanakan program ziarah kasih ke kampung-kampung yang mana sebelum ini dilakukan di beberapa kawasan di Semenanjung dan bagi Sabah, kita akan mulakan di daerah Keningau.



Sumber Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan - KP SPRM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zADkzE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.