Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Bandaraya Miri sasar tingkat pendapatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Bandaraya Miri sasar tingkat pendapatan

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) sedang mengenalpasti kaedah digunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri lain, khususnya di Semenanjung bagi membantu meningkatkan pendapatannya, sekali gus mengelak kebergantungan terhadap peruntukan kerajaan negeri.

Timbalan Datuk Bandar Miri, Julaihi Mohamad, berkata antara PBT yang sudah dipilih bagi tujuan itu ialah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana keupayaannya menjana pendapatan tanpa mengharapkan bantuan kewangan kerajaan Perak.

Beliau berkata, MBI bukan saja memperoleh pendapatan tertinggi di Malaysia, malah kecemerlangannya berjaya memenangi anugerah bandar raya utama dengan pencapaian terbaik dari Korea Selatan.

"MBI contoh terbaik untuk kita merangka kaedah yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan sumber pendapatannya, seterusnya mengelak beban kewangan kepada kerajaan negeri.

"Jika sumber pendapatan bertambah, tentunya kita boleh menyediakan lebih banyak kemudahan untuk Bandaraya Miri seiring kedudukan Miri sebagai bandar raya peranginan dan pintu masuk utama pelancong di wilayah utara Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan muhibah 19 anggota delegasi MBI di MBM, di sini hari ini.

Julaihi berkata, MBM mempunyai kawasan pentadbiran seluas 640,000 kilometer persegi dan memerlukan sumber kewangan besar untuk membantunya memaju dan menyediakan prasarana.

"Ini antara faktor yang mendorong MBM memerlukan tambahan pendapatan, tidak boleh bergantung kepada cukai semata-mata. MBM diterajui 32 ahli majlis yang fokus kepada sektor pelancongan untuk menjana ekonomi Miri, selain industri minyak dan gas.

"Miri dikelilingi laut dan bentuk bumi cantik, ada destinasi pelancongan ideal seperti taman negara dan gua terbesar di Asia, selain terumbu karang tercantik. Kelebihan ini kita manfaatkan sepenuhnya dengan menjadikan Miri sebagai bandar raya peranginan," katanya.

Katanya, pelbagai persediaan rapi juga sedang dirangka, terutama meningkatkan kemudahan infrastruktur pelancongan bagi menyambut kedatangan 2018 yang diisytihar sebagai Tahun Melawat Miri.



Sumber Majlis Bandaraya Miri sasar tingkat pendapatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Avg9Eq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.