Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPP: 11 Negara APEC Setuju Diteruskan Tanpa AS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPP: 11 Negara APEC Setuju Diteruskan Tanpa AS


DANANG – Menteri ekonomi dari 11 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) setuju meneruskan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Mengikut kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, hari ini, menteri berkenaan malahan setuju berhubung elemen teras pakatan ekonomi itu yang kini dipanggil sebagai ‘TPP-11’ ekoran AS menarik diri awal tahun ini.

Delegasi Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Selain Malaysia, ada 10 negara lain menyertai TPP itu.

Mereka ialah Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Beberapa negara termasuk anggota APEC ada menyuarakan hasrat untuk menyertai TPP setelah ia dilaksanakan.

Persetujuan mengenai TPP yang sepatutnya dicapai semalam ditangguhkan pada minit-minit akhir berikutan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau tidak hadir dalam mesyuarat ketua-ketua kerajaan TPP di sini, semalam.

“Menteri-menteri terbabit berbangga untuk mengumumkan bahawa mereka akhirnya sudah bersetuju mengenai elemen teras Perjanjian Komprehensif dan Progresif TPP,” kata kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini.

Perbincangan berkaitan TPP asal bermula pada Mac 2010. Ia dikemukakan Presiden AS, Barack Obama ketika itu dan 10 negara lain telah mencapai persetujuan umum pada Oktober 2015 sebelum memeterai pada Februari 2016.

Bagaimanapun, Presiden baharu AS, Donald Trump telah menarik negaranya keluar dari TPP selepas pelantikannya dalam bulan Januari tahun ini, menyebabkan 11 negara yang masih kekal mempertimbang satu perjanjian baharu.

Mengikut kenyataan dikeluarkan di bandar raya Vietnam itu, menteri-menteri tetap mengekalkan standard TPP yang tinggi, adil dan berintegriti demi memastikan kepentingan komersial dan perkara lain untuk semua negara.

“Ia bagi mengekalkan hak untuk mengawal, termasuk bertolak ansur dalam soal keutamaan ketika mahu mengadakan peraturan dan perundangan,” kata kenyataan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuWCE0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.