Hi! Welcome Back and Stay Tune! Astro Awani rai 30 kanak-kanak Rohingya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Astro Awani rai 30 kanak-kanak Rohingya

PORT DICKSON: Atas semangat keprihatinan dan kasih sayang, seramai 60 warga kerja Astro AWANI meraikan kanak-kanak Rohingya di Pusat Latihan Risda Ristec Port Dickson dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini.

Program CSR yang bertemakan 'Rohingya, Ocean Of Love' itu disertai seramai 30 kanak-kanak Rohingya dari Knowledge Learning Garden Center, Seri Kembangan

Penganjuran kali kelima program CSR Astro AWANI yang diketuai Editor Astro Awani Azlinariah Abdullah memberi fokus bagi menghibur hati anak-anak ini dan mengenali kanak-kanak itu dengan lebih dekat serta memberi sumbangan sebagai tanda prihatin Awani kepada golongan Rohingya.

Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Asean Pusat Rohingya, Dr Mohd Helmi Ibrahim, usaha Astro AWANI dalam mengetengahkan nasib kanak-kanak Rohingya disambut baik sekali gus menunjukkan organisasi media ini lebih ke hadapan daripada organisasi lain.

"Malah, aktiviti CSR hari ini akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak," katanya.

Antara aktiviti yang dilakukan pada program CSR itu adalah sukaneka, zumba dan bermain bola pantai.

Selain itu, program ini memupuk budaya kesukarelawanan di samping merapatkan hubungan media dan masyarakat Rohingya.

Program ini juga mendapat sumbangan ramai pihak seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Prasarana, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Nestle, Old Malaya dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.



Sumber Astro Awani rai 30 kanak-kanak Rohingya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zxaeBv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.