Tiga cedera terhidu gas amonia
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika ketiga-tiga pekerja terbabit sedang bertugas di stesen minyak yang terletak berdekatan kilang ais tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.20 malam berhubung insiden berkenaan.Katanya, operasi membabitkan seramai 18 anggota dan pegawai HAZMAT dari Balai Bomba Penyelamat Perai.
Pemeriksaan ke atas kilang memproses ais itu mendapati berlaku kebocoran pada paip yang berisi gas beracun berkenaan.
Berikutan itu katanya, anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bertindak menutup kesemua injap gas supaya kebocoran tidak merebak dengan lebih serius.
Selain itu, pasukan HAZMAT turut melakukan semburan air bagi menurunkan kadar bacaan udara di dalam kilang berkenaan.
Pada masa yang sama, pekerja kilang turut menjalankan kerja-kerja mengosongkan paip yang berisi gas amonia dengan cara melarut cecair amonia ke dalam bekas berisi air dengan dipantau pasukan Hazmat.
Operasi ditamatkan kira-kira jam 3.32 pagi sebaik sahaja kerja-kerja mengosongkan paip yang berisi amonia telah selesai dilakukan.
Katanya, ketiga-tiga pekerja berkenaan diserahkan kepada petugas perubatan untuk dibawa ke hospital Bukit Mertajam bagi menerima rawatan.
Sumber Tiga cedera terhidu gas amonia
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i4yH7z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment