Ini Peluang Terbaik Anda Berniaga Ke London, Afrika Mahupun Jepun
London antara destinasi tumpuan pelancong termasuk rakyat Malaysia yang inginkan masakan dan produk Malaysia dijual di sana. (Gambar: timeout.com
Sebenarnya, kita boleh berbangga kewujudan pelbagai koperasi di negara ini banyak membantu orang ramai. Malah, kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK11) mengiktiraf koperasi sebagai penyumbang ketiga kepada pembangunan ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta.
Menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sejarah Gerakan Koperasi bermula dan berkembang di atas kesedaran sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang dieksploitasi atau ditindas bagi membela nasib serta hak mereka dalam kehidupan yang bermula pada kurun ke-18 ketika tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.
Di Malaysia, koperasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca dan masalah keberhutangan dalam kalangan penjawat awam di bandar. Bagaimanapun, kewujudan koperasi pada hari ini lebih meluas apabila kebanyakan syarikat swasta mempunyai koperasi sendiri.
Tidak kira penjawat awam atau pekerja swasta, mereka bebas menganggotai mana-mana koperasi. Jangan bimbang, yuran yang perlu dibayar serendah RM30 sebulan manakala bayaran modal syer sebanyak RM100 yang boleh dikembalikan selepas berhenti menjadi anggota.
ADA UNTUNG KE?
Seperti mana bisnes lain, anggota keperasi juga ditawarkan dengan keuntungan dan pelbagai kemudahan lain. Mungkin ramai yang melihat menjadi anggota hanya menambah beban dan tidak menguntungkan sebaliknya, ia adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup anggota.
Kelebihan sebagai anggota koperasi:
1. Dividen tinggi
Kebanyakan koperasi memberi dividen kepada anggota pada setiap tahun. Bagaimanapun, jumlah dividen ini bergantung kepada keuntungan perniagaan koperasi dan dividen ini boleh mencecah sehingga 15 peratus.
2. Tabung Kebajikan anggota
Setiap anggota koperasi boleh memperolehi sumbangan tabung ini sekirang berlaku insiden yang menimpa anggota antaranya kebakaran, sakit kronik, pembedahan di hospital dan bencana alam.
3. Tabung Pendidikan/biasiswa
Bagi anggota atau ahli keluarga anggota koperasi berpeluang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Anak anggota koperasi yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR juga diberi ganjaran.
4. Pinjaman kredit dengan kadar caj faedah yang rendah dan kelulusan segera
Mungkin ramai tidak tahu kelebihan paling besar sebagai anggota koperasi adalah membuat pinjaman dan membeli pelbagai barangan seperti motosikal, barangan elektrik dan telefon pintar secara bayaran ansuran. Menariknya, peminjam yang mempunyai rekod CTOS dan CCRIS yang bermasalah boleh memohon pinjaman koperasi untuk melangsaikan hutang.
Pinjaman dengan koperasi lazimnya tidak mengenakan faedah yang tinggi antara 4 sehingga 6 peratus. Bergantung kepada aturan setiap koperasi, ada koperasi yang memberi kelulusan segera dalam tempoh 24 jam untuk pinjaman membeli barang manakala pinjaman peribadi mengambil masa antara 2 sehingga 3 hari.
5. Insurans berkelompok
Satu kelebihan buat anggota koperasi adalah membeli insurans berkelompok untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Berbeza dengan insurans individu, bayaran bagi insurans berkelompok lebih murah meskipun jumlah pembayaran perlindungan tidak menyeluruh sebaliknya mencukupi untuk mereka yang tidak berkemampuan membeli insurans lain.
TIMBA ILMU BISNES
Bagi mereka yang mempunyai perancangan atau sedang mengusahakan sebarang bisnes, ini peluang terbaik anda untuk hadir ke acara Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017).
Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor bermula 15 sehingga 19 November ini, acara anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini berperanan memartabatkan produk-produk dan perkhidmatan kopersi ke peringkat nasional dan antarabangsa di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan gerakan koperasi.
Jangan risau, acara ini bukan hanya untuk anggota koperasi sahaja tetapi orang ramai juga boleh turut serta menimba ilmu mengusahakan bisnes dengan pelbagai koperasi yang mengambil bahagian termasuk bank yang menawarkan pinjaman.
MACCOPS 2017 membawa tema 'Embrace The Difference’ (Kesamaan dalam Kepelbagaian) bagi menggambarkan semangat kekitaan atau solidariti dan kesamaan melalui berkoperasi.
Kelebihan MACCOPS 2017:
1. ‘Showbiz’ koperasi menyaksikan penyertaan pempamer dari dalam dan luar negara termasuk dari negara-negara benua Asia, Afrika, Amerika Syarikat dan Eropah.
2. Menyediakan banyak peluang untuk merangsang penglibatan aktif koperasi dalam mewujudkan hubungan perniagaan 'Coop to Coop' antara koperasi.
3. Perkongsian ilmu dan pendedahan dunia perniagaan melalui aktiviti forum, seminar, demonstari produk dan sembang perniagaan.
Berbeza di awal penubuhan koperasi suatu ketika dulu, kini peranan koperasi lebih besar dalam membangunkan pelbagai aktiviti ekonomi sama ada dalam sektor pemborongan peruncitan, pelancongan penjagaan diri dan kesihatan, kewangan, hartanah, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan juga telekomunikasi serta inovasi.
Adanya penganjuran MACCOPS 2017, ini bermakna mereka yang terbabit dalam bidang perniagaan sama ada industri kecil sederhana (IKS) mahupun apa jua cabang bisnes sekalipun boleh mengambil peluang keemasan hadir ke acara ini. Siapa tahu, mungkin anda boleh eksport kuih bahulu, keropok lekor atau roti canai ke London, Afrika mahupun Jepun.
Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh melayari http://ift.tt/2zBa0qV
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQSPod
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment