“Terus Terang Jika Tak Restu Hubungan Kami”
Tidak pasti apakah tujuan kenyataan sinis dibuat bapa Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson, Zul Ariffin meminta agar pelakon itu berterus terang dengannya andai beliau tidak merestui hubungan mereka. Malah Zul sanggup berpisah dengan Zahirah andai Zainol tidak menyukainya.
BACA: Zul Ariffin Nafi Bercinta Semula Dengan Gayatri
“Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan”
“Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri”
Baru-baru ini Zainol ada memuat naik kenyataan sinis mengenai Zul hingga ada pihak mendakwa hubungan mereka dingin dan merupakan punca Zul dan Zahirah sehingga kini tidak berkahwin. Malah difahamkan juga Zul jarang memuat naik gambar bersama, kerana ingin menjaga hati bapa Zahirah.
“Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya,” katanya kepada Berita Harian Online.
Pun begitu, Zainol pula menolak dakwaan mengatakan hubungannya dengan Zul bermasalah dan menyatakan kenyataanya baru-baru ini hanyalah gurauan semata. Tapi pastinya Zul terasa dengan kata-kata itu, hubungan mereka juga bukanlah baru. Semoga Zul terus tabah dengan dugaan ini. (rtky/w)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yRYWZa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment