Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUGAS KAMI UNTUK SIASAT AMBIGA, KATA KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUGAS KAMI UNTUK SIASAT AMBIGA, KATA KPN

SIASATAN polis ke atas peguam dan aktivis sosial Ambiga Sreenevasan perlu berikutan terdapat laporan dibuat berhubung perkara itu, kata Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun.

Bagaimanapun katanya, polis masih belum memanggil Ambiga untuk diambil keterangan.

“Kita enggan mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam. Apa yang penting ialah terdapat dua laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Kita dipersalahkan kalau siasat dan dipersalahkan kalau tidak siasat,” katanya kepada pemberita di pusat latihan Unit Tindakan Khas di Cheras, hari ini.

Majlis Peguam berkata siasatan ke atas Ambiga kerana “menyebabkan kemudaratan awam” berhubung kenyataan pembelaan dalam kes saman fitnah yang difaikan di London mungkin menghina mahkamah United Kingdom.

Majlis itu turut memaklumkan walaupun beberapa individu lain turut disebut dalam saman itu, Ambiga yang dipilih.

Fuzi berkata tuduhan itu adalah serius, membabitkan jumlah wang yang besar.

“Walaupun mereka yang berkaitan tiada dalam negara, kami perlu membuka kertas siasatan berhubung perkara itu,” katanya.

Ambiga disiasat oleh polis Malaysia kerana didakwa memberikan maklumat kepada Rewcastle-Brown berhubung pemimpin kanan PAS menerima dana daripada Perdana Menteri Najib Razak, yang juga presiden Umno.

Rewcastle-Brown yang merupakan pengarang laman sesawang pemberi maklumat, Sarawak Report, menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat beliau bagi artikel yang diterbitkan tahun lalu yang mendakwa PAS menerima wang sebagai pertukaran kerana menyokong kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Pengarang yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu disaman oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana memfitnah.

Siasatan polis di sini bermula selepas laporan polis dibuat oleh pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Zulkarnain Mahdar di Balai Polis Sri Petaling pada 1 November lalu.

Peguam Syahredzan Johan berkata “tidak masuk akal” untuk polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505 (b) dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana ia merupakan saman sivil di antara dua pihak.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mgKm7E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.